Thursday 19 July 2012

tempat menarik

Kalau kita pergi ketempat orang biasanya kita akan mengeluarkan belanja yang tinggi untuk semua keperluan kita dalam bentuk apa saja dan kita tak akan kedekut untuk memngeluarkan belanja walaupun apa yang kita keluarkan rasa2 seperti sangat melampau...Kalau kita berada dirumah atau kawasan sendiri biasa nya kita tak menghiraukan sangat tentang nilai yang ada,padahal apa yang kita ada sangat jauh bernilai dari keberadaan kita dirumah orang..


Baru2 ini aku menjejakan kaki aku kesebuah kawasan perkelahan dinegeri pahang ia-itu disungai pandan,Pancing Pahang...Aku sangat dikejutkan dengan bayaran  untuk memasuki kawasan perkelahan tersebut,Bayarannya rm 5 untuk dewasa dan rm 2 untuk kanak2,sewa untuk parking ialah rm 2 untuk kereta,Jadi kalau kita berempat, bayaran yang dikenakan ialah rm 22..Punya lah mahal...Oleh kerana mahal bayaran dan tempat untuk parking dah tak ada, aku mengambil keputusan untuk tidak memasuki tempat perkelahan ini,Aku telah diberitahu tempat perkelahan ini mempunyai air yang sangat cetek,jadi menambah  rasa kurang untuk aku memasukinya...
Tempat untuk mengambil tiket mempunyai 2 buah kerusi dan sebuah meja,Tak padan dgn harga yang mahal untuk memasuki tempat ni...Aku telah diberitahu oleh penjaga tiket bahawa kawasan perkelahan sudah pun penuh..


Setelah aku berkelah ditempat  orang tak berkelah aku ingin kesatu tempat lagi iaitu gua charah,Gua ini aku kesan semasa kedatangan aku kesungai pandan tadi,Aku dapati ada bukit yang tinggi menjulang disebelah kanan jalan,Nama gua ini aku ketahui sesampai nya aku ketempat tersebut...
Tinggi gua ini dikatakan 1000 meter dari paras laut,Aku juga telah diberitahu bahawa gua yang terjadi disisi nya tembus sehingga kepuncak..Pandangan dari jauh tak memberi apa2 makna kapada aku tapi setelah aku mendekatinya aku dapati zaman seolah2 berubah dari dunia moden kapada dunia yang tak ada peradaban,Sesampai nya aku,aku dapati seperti berada di lost world,macam dalam cerita lost world pulak.Bila aku benar2 dekati gua tersebut baru lah aku ketahui tempat ini merupakan sebuah tempat ibadat orang india iaitu kuil hindu..Jadi aku batalkan saja niat aku nak kepuncak,Malas nk lalu depan kuil,lagi pun pemandu arah tak ada.sekian...


Friday 4 November 2011

memancing kelah merah..



 Assalamualaikum,Aku seorang pekerja swasta,dan salah satu kegemaran aku adalah memancing.Aku tinggal dicukai kemaman,olih kerana bandar cukai sangat berhampiran dengan laut,tak jadi masalah bagi aku untuk memancing dilaut,Aku mempunyai bot memancing sendiri dan seluruh laut cina selatan yang berdekatan dengan cukai, aku dah jelajah,segenap teluknya aku dah terokai,Senang cerita aku ni bolih dikatakan pahlawan memancing jugak :)
 Aku pernah dengar dari kawan aku sendiri bahawa memancing dilaut tidak membawa cabaran yang besar sangat berbanding dengan sungai,Jadi aku memasang angan2 untuk memancing disungai,Memancing disungai bukan lah satu kerja yang mudah,sebab kita mesti mempunyai kawan yang dah biasa dengan sungai,Tanpa kawan yang dah biasa kita mungkin akan hadapi masalah untuk mencari tempat yang banyak ikan atau pun sungai yang kita nak memancing.Ditambah pula ikan yang aku nak pancing adalah ikan kelah,ikan yang dikatakan sangat sukar untuk dipancing.
 Tah macam mana ketika aku berbual2 dikedai, aku mendapat seorang kawan yang sangat biasa dengan sungai dan sungai yang kawan baru aku ni biasa adalah sungai terengganu dan tempat beliau dah biasa adalah sungai terengganu mati,Amboi mak,aku dah biasa dengar tempat ni tapi belum terfikir aku dapat seorang kawan yang  bolih membawa aku ketempat yang bolih dikatakan tempat yang paling banyak ikan kelah merah.Beliau berjanji untuk membawa aku pergi memancing ditempat tersebut....
 Sebenarnya kawan aku yang baru aku kenali adalah kawan kerja ditempat aku jugak,tapi lain tempat.Pada suatu hari aku terima panggilan talipon dari nya mengajak aku memancing disungai terengganu mati,Bersiap lah aku dengan segala kelengkapan nya dari A sampai Z.Kelengkapan yang semaksimun mungkin adalah perlu kerana tempat yang aku nak pergi sejauh 230km dari kemaman ke terengganu mati yang terletak dikuala berang, hulu terengganu.

Memandu dari kemaman ke kuala berang mengambil masa hampir tiga jam melalui lebuhraya jerangau jabor yang sangat mashur dengan jalan yang banyak lubang(kerajaan macam tak berfungsi je) Dikuala berang aku berkenalan dengan kawan kapada kawan aku dan mereka2 ini lah yang akan membawa aku ke sungai terengganu mati yang jauhnya dari kuala berang 90km,Mak datuk sikit punya jauh,dah lah aku memandu lebih dari 150km dari kemaman,ini pulak perjalanan masih ada 90km lagi,tapi untuk merasa memancing kelah aku terpaksa lah...
 Dari kuala berang aku dan kawan2 baru aku pergi dengan motor rupa nya,sikit punya haru..motor yang aku tunggang telah disediakan terlebih dulu,Rupa2nya perjalanan yang aku ambil bukan lah jalan tar, dengan bahasa yang paling mudah,nak memancing keterengganu mati bukan lah pergi dengan berlenggang kangkung,rupa2nya mengunakan jalan tanah merah yang berupa denai hutan yang sangat sukar sejauh lebih kurang 40km dan dijalan tersebut kami semua mengambil masa selama 4jam untuk sampai ketempat yang dituju,Ditambah bahana lagi,setelah bermotor aku terpaksa pulak berjalan kaki sejauh 1km untuk sampai kesungai,Ini lah yang benar2 menyakitkan,dah lah barang2banyak, terpaksa pulak mendaki bukit dan menuruninya,Jam 6petang aku dan kawan2 sampai ketempat dituju......
 Setelah memasang khemah dan memasak serta makan,,hari dah pun malam dan kami akan menerokai sungai ini pada keesukan harinya,Tidurlah aku dengan nyenyak berteman kan nyanmuk dan agas serta harimau dan bunyi gajah  bertempek disekitar hutan,hehehe..
Bangun pagi dan setelah menunaikan apa yang sepatutnya aku mula memancing dengan segala kepayahan yang amat sangat,Dengan dua hari yang diperuntukan untuk memancing, aku benar2 tercabar kerana dalam buruan aku,aku terasa amat sukar untuk memperolihi satu ekor ikan sedangkan kawan2 aku dah pun mula menangkap buruan mereka seekor demi seekor kelah yang menjadi idaman aku sejak sekian lama.Dan begitulah apa yang terjadi kapada aku setelah lama mencuba,Terasa didalam hati aku tah kawan2 aku ni pemakai,mana lah tau orang hulu ni banyak dia punya songelnya(Ilmu lah tu)hehehehehehehehehe....Dan kekallah aku tak perolih tangkapan sehingga hari akhir aku berada diterengganu mati untuk memancing kelah konon2nya hahahahahha....
Setelah dua malam didalam hutan kerana nak merasa memancing kelah diterengganu mati aku dan kawan2 pulang balik dengan membawa hasil yang diperolihi,dengan aku sendiri kekal tak memperolihi apa2,hampeh betul.....tak apa lain kali bolih cuba,tunggu lah kau TERENGGANU MATI...
Sebenarnya memang betul apa yang dikatakan olih kawan aku,memancing disungai bukanlah kerja mudah.Ianya sangat menyukarkan ditambah pula kalau hujan yang lebat,tempat menjadi sangat bahaya,Berkemungkinan kita akan terkena fenomena kepala air,seperti yang sangat ditakuti olih pemancing ditempat yang bahaya macam ini.Aku pulang kekemaman dengan hasrat untuk datang lagi setelah kecewa di percubaan yang pertama.Walau macam mana pun aku dapat merasa ikan kelah setelah dibagi sama rata antara kami,Alhamdulilah..(Aku tiba dirumah pukul 2pagi,dimalam yang ketiga,teruk punya kerja hehehe.) Sekian....