Thursday 19 July 2012

tempat menarik

Kalau kita pergi ketempat orang biasanya kita akan mengeluarkan belanja yang tinggi untuk semua keperluan kita dalam bentuk apa saja dan kita tak akan kedekut untuk memngeluarkan belanja walaupun apa yang kita keluarkan rasa2 seperti sangat melampau...Kalau kita berada dirumah atau kawasan sendiri biasa nya kita tak menghiraukan sangat tentang nilai yang ada,padahal apa yang kita ada sangat jauh bernilai dari keberadaan kita dirumah orang..


Baru2 ini aku menjejakan kaki aku kesebuah kawasan perkelahan dinegeri pahang ia-itu disungai pandan,Pancing Pahang...Aku sangat dikejutkan dengan bayaran  untuk memasuki kawasan perkelahan tersebut,Bayarannya rm 5 untuk dewasa dan rm 2 untuk kanak2,sewa untuk parking ialah rm 2 untuk kereta,Jadi kalau kita berempat, bayaran yang dikenakan ialah rm 22..Punya lah mahal...Oleh kerana mahal bayaran dan tempat untuk parking dah tak ada, aku mengambil keputusan untuk tidak memasuki tempat perkelahan ini,Aku telah diberitahu tempat perkelahan ini mempunyai air yang sangat cetek,jadi menambah  rasa kurang untuk aku memasukinya...
Tempat untuk mengambil tiket mempunyai 2 buah kerusi dan sebuah meja,Tak padan dgn harga yang mahal untuk memasuki tempat ni...Aku telah diberitahu oleh penjaga tiket bahawa kawasan perkelahan sudah pun penuh..


Setelah aku berkelah ditempat  orang tak berkelah aku ingin kesatu tempat lagi iaitu gua charah,Gua ini aku kesan semasa kedatangan aku kesungai pandan tadi,Aku dapati ada bukit yang tinggi menjulang disebelah kanan jalan,Nama gua ini aku ketahui sesampai nya aku ketempat tersebut...
Tinggi gua ini dikatakan 1000 meter dari paras laut,Aku juga telah diberitahu bahawa gua yang terjadi disisi nya tembus sehingga kepuncak..Pandangan dari jauh tak memberi apa2 makna kapada aku tapi setelah aku mendekatinya aku dapati zaman seolah2 berubah dari dunia moden kapada dunia yang tak ada peradaban,Sesampai nya aku,aku dapati seperti berada di lost world,macam dalam cerita lost world pulak.Bila aku benar2 dekati gua tersebut baru lah aku ketahui tempat ini merupakan sebuah tempat ibadat orang india iaitu kuil hindu..Jadi aku batalkan saja niat aku nak kepuncak,Malas nk lalu depan kuil,lagi pun pemandu arah tak ada.sekian...


No comments:

Post a Comment